Insan Yang Allah Pinjam kan di Dunia

بسم الله الرحمن الرحيم 
 السلام عليكم ورحمة  الله وباركاته



Kisah nya .. . 

Aku .... 
Sedang menghabiskan sisa2 pembelajaran ku di sini , Jordan . 

Berbaki 4 bulan sahaja lagi aku disini . 

Rabb , permudahkanlah ..... 


----------------------------------------------------------------------------------------

" Sudi tak . . . . . ? "


Pertanyaan itu masih terniang2 di fikiran aku , 
Saat aku merendahkan ego ku menawarkan sesuatu pada .. ' dia ' .

Gopoh , 
Terburu-buru  . 

Tanpa memikirkan jangka masa panjang . 
Demi kepentingan diri sendiri . 
Sedang kau tahu derita yang bakal kau hadapi nanti . 


Keputusan yang sangat bodoh wahai Amirah . . . . . . .


Mahukah penderitaan itu berulang kembali ? 


----------------------------------

Aku dulunya , 
Seorang yang tidak kenal akan erti Cinta ,

Hingga lah maksiat menjengah ke dunia ku , 
Ku berkawan dengan sebuah batang yang berwarna putih . 
Aku mencicip2 dengan air yang kotor 
Aku berpesta liar dengan hantu2 jalanan 
Aku puaskan hati aku dengan alunan yang memekakkan . 

dan sehinggalah juga aku bertemu dengan satu makhluk yang membawa aku ke lembah yang lebih gelap , 
Lelaki . 

Kisah hitam ini , 
Aku simpan , 
Sangat lama aku simpan . 

Semua kerna kekosongan dalam diri ini yang mengheret aku ke lembah itu .

dan tika ini , 
Cinta yang aku kenal adalah cinta yang paling bahagia , 
Cinta pada maksiat . 


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itu cinta aku yang dahulu . 

Cinta yang tidak kenal pada Pemberi Cinta . 

Setelah ku dilanggar oleh Tarbiyah . 
Aku dihinjak2 oleh nya , 
Aku ditumis2 oleh nya , 
Aku di tampar2 olehnya , 

Aku kian sedar Cinta yang sebenar , 
Cinta yang Dia berikan tidak ternilai kiraannya , 
Perasaan nya sangat lain tika menerima cinta itu , 
kesyukuran yang sangat tinggi aku panjatkan padaNya , 


tidak sanggup aku berdalih ke arah cinta lain dari CintaNya . 

Allahu . . . . 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sudah pasti , setiap dari kita akan melalui ujian mereka masing2 , 

Cinta itu jua adalah ujian terbesar dariNya pada ku . 

Sayangnya dulu , 
Aku mengenali Cinta yang Jahil pada pertamanya , 

dan itu merupakan satu sejarah hitam yang tidak mungkin dapat aku lupakan , 

Kini , aku dilanda Cinta itu lagi , 
Cinta setelah ku mengenali tarbiyah itu , 
Cinta akan seorang ukhti lillahi ta'ala . 
dan mengharapkan ianya hingga ke syurga . 


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kekecewaan , 

Perkataan pertama yang lahir dari bibirku tatkala cinta itu semakin merebak ke seluruh jiwa aku .

Bukan setakat sekali akan kecewa ini , 
Malah berkali2 , 

Hebat penangan yang mereka yang kusayangi ini telah berikan padaku , 
Sepanjang 4 tahun aku disini , 
Aku ditolak dengan begitu sahaja , 
Belum pernah dalam hidup aku , 
kecewa itu menjadi punca aku jatuh , futur , lalai , dan even lambat dalam jalan dakwah ini . 
belum pernah dalam hidup aku , 
Aku berputus asa yang terlalu sehingga kan segala pelajaran ku MEROSOT ! 

MEROSOT , JATUH  , 
dan dalam masa yang sama , membiarkan kedua ibu bapa ku menangisi akan sikap ku ini . 


Wahai .
Derhakanya aku . . 






Kali ini , ia hadir lagi , 
Hadir setelah aku benar2 tekad untuk tidak menerima lagi , 
Dan hadir nya ia dengan penerimaan . 

Penerimaan , 
Bukan penolakan , 

Aku , cuba menafikan kata2 penerimaan nya , 
Kerna ku tahu , 
Ada ukhti yang lebih dia sayangi , 
malahan banyak , ....

Dan aku sedar , bahawa aku hanyalah ukhti2 serpihan dalam hidup nya , 
aku hanyalah ukhti tepi jalanan nya sahaja , 
Kerna tiada keistimewaan yang telah aku berikan padanya , 
Berbanding ukhti2 qowiyah yang dia sayangi , 
Tiada kata2 hebat yang boleh 'dia' ungkapkan ,  
Sepertimana 'dia' sering ungkapkan kata2 dari ukhti2 qowiyah nya , 

Dan aku tahu , 
Aku tidak seharusnya berfikiran seperti ini , 

Tapi biarlah aku terus penafikan penerimaan dia pada aku , 
Supaya aku .......

Tidak dikecewakan lagi . 

Supaya aku tidak dikecewakan lagi ukhti , 

Supaya aku lebih menyedari , 
Bahawasanya , aku sememang nya tidak layak untuk disayangi oleh sesiapa pun , 

Aku sememangnya , 
Tidak layak untuk menerima seorang Harun , Kakak , Adik , mahupun sahabat sejati dalam hidup aku di dunia yang sementara ini  , 


Ruang untuk disayangi itu kosong tidak diisi oleh sesiapa pun , 

Mungkin sayang yang kau lafazkan pada aku 
Adalah sayang yang seringkali kau ucapkan pada insan lain , 


" Semua orang Harun ana " 

Jangan berikan harapan palsu ukhti , 
Bukan ini ucapan yang aku nantikan , 


Mungkin , 
ianya nampak mudah , 
Tapi , sukar nya untuk kita benar-benar merasainya . 
Cinta lillahi ta'ala itu , bukan dengan nafsu , tapi dengan Iman . 


Sungguh aku dambakan itu selama ini . 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ukhti E***h

Ana tahu , kata-kata sayang yang enti luahkan , 
tidak sama rasa nya seperti mana yang enti rasa kan pada Ukhti Chipsmore dan Ukhti A kan ? 

Ana tahu , 
Itu hanya penyedap kata untuk jiwa-jiwa kita yang tidak saleem ini kan ? 

Jangan berikan harapan palsu lagi  , 
Ana tidak mahu kecewa itu datang lagi . 

Ana akan cuba jauhkan diri ana dari enti , 
Mungkin itu lebih mensaleemkan jiwa sesama kita . 

:') 

* Tidak aku sangka , rupanya , kau diantara ukhti yang ana taruhkan rasa sayang itu dulu , tapi setelah aku tahu , terdapat ukhti lain yang lebih kau sayangi , 

aku menjauhkan diri . 


Rabb , Andai di beri peluang , 
Aku bermohon , 
Moga kami berkasih sayang di syurga Mu kelak . 

Ameen . 

You know a friend is found when you are happy to see them. 
You know love is found when it hurts to leave them .

Moga berpimpin tangan di Sana nanti ukhti . 






No comments: