Kecewa .

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Dulu , pernah hadir satu perasaan ini . Dimana ana , sangat-sangat menyayangi seorang ukhti ini . Ana suka bersama-sama dengan ukhti ini . Ana suka dia sangat mengambil berat tentang diri ana . Ana sanggup bergadai apa sahaja demi dia.

Tapi ,

Pada tika itu juga ana terfikir ,

adakah ana bertepuk sebelah tangan ?, adakah die pernah tahu akan perasaan ana ini ? , adakah dia turut merasai apa yang ana rasai ini ?

Allah , pasrah nya hati , jatuh bagai tak terkutip lagi . Tekaan ana benar sebenar-benarnya .

Kecewa nya ana hingga kan tarbiyah ini ana campak sejauh-jauhnya  . Hinggakan ana menduakan tarbiyah ini . Hinggakan ana memburukkan diri ana sendiri .

Kemudian , ana tekad . Ana tekad sebenar-benar tekad  . Ana tidak mahu lagi perasaan itu datang kembali .
Ana campak sejauh-jauhnya perasaan itu  . Dan ana bina satu semangat dengan kata- kata ini :

" Tarbiyah berlandaskan ukhuwah semata-mata akan kau kecundang , tapi tarbiyah kerana Allah sebetul-betulnya , akan kau temui syurga itu . "

Hampir 3 tahun ana menahan perasaan kecewa ini . Dan perasaan tidak mahu pada perasaan itu lagi .

Sekarang , perasaan itu datang kembali .

Terhadap 2 orang ukhti yang ana sangat sanjungi  . Kerana mereka adalah ukhti yang banyak memberi tunjuk ajar pada ana sejak dari ana futur dulu  .

Allahu rabbi , jauhkanlah semula perasaan sayang ini  . Sungguh , aku tidak mahu , aku tidak mahu dikecewa kan lagi . Aku tidak mahu bertepuk sebelah tangan lagi . Cukuplah dengan duka yang dulu . Cukuplah .

Wahai amirah , mulai dari saat ini , kau harus sedar bahawa tidak ada seorang pun yang akan pernah sayang kau , yang akan belai kau , melainkan Allah . Maka , letak lah pergantungan yang tinggi pada Nya .

Cukup cukuplah dengan perasaan tipu itu . Pergilah engkau sejauh-jauhnya . :'(

2 comments:

aqilah azam said...

"Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak (Allah) Yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (dalam hati mereka)" (Maryam:96)

landaskan perasaan kasih dan sayang hanya kerana Allah. In sha Allah tiada rasa kecewa andai manusia itu tidak mampu membalasnya kerana rasa itu juga dari Allah.

kembali tersenyum. ukhti.

*diri ini juga sedang belajar untuk itu*

Alynn Mueez said...

Sayangkan orang tak pernah kekal tapi sayangkan Allah kekal abadi.. :)