Berhenti .

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bila disebut tentang Dakwah , 
Diri ini tidak lari dari semangat yang berkobar-kobar 
mengejar syurga dek kerana ingin menghapuskan dosa-dosa yang terlalu banyak .

.......

Bila disebut tentang Pelajaran , 
Diri ini akan kembali futur , lemah 
dek kerana ilmu di dalam dada yang sangat-sangat lemah . 

Bukan aku tak berubah , 
Aku sedang berubah , 
Aku yakin 

Tapi , 
Batas aku itu , 
Tak mampu pada tahap yang terlalu tinggi . 
Aku mendaki , tapi 
sedikit demi sedikit . 

Tapi Tarbiyah itu seringkali mahukan Daie itu 
melakukan lebih dari kebiasaan atau kemampuan diri sendiri .

Dan aku tahu , 
Aku tak mampu menjadi Daie itu , 
Yang bergerak dengan hebatnya , sangat lajunya .
Aku hanya mampu menjadi Daie yang , 

hmmm, 

mungkin serpihan dari batu-bata itu . 

Adakah aku patut berhenti ? 


* gambar sekadar hiasan semata-mata

1 comment:

~cik atin~ said...

jangan berhenti. teruskan berlari hingga ke nafas terakhir :)