" Eh , ko bukan dah alim ke sekarang ? Mane boleh ade sikap macam ni " Sarcasm nye ayat kau . ==' *tiada kene mengena antara yang hidup atau yang mati . harap maklum

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم ورحكة الله وبركاته

*panjang nye tajuk aku . =oo=

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah .
Sem Soifi ( musim panas ) dah pun bermula ,
Best jugak madah aku sem ni , doakan aku dapat faham 3 madah ni :

أديا وفرق
علوم عسكري
 (1) فقه العبادات

HAHHHHHHH ~
*tetiba mengeluh panjang =='

Hari ni terasa nak share something
Aku sekarang tengah baca buku yang aku pinjam dari sahabat aku .
" How To Win Friends & Influence People by Dale Carnegie "

Aku baru baca satu bab ,
Dan aku sangat lembab nak khatam buku tu ,
*sebab aku tak suka membaca tapi sedang merajinkan diri untuk baca jugak ! -..-

Antara yang aku nak share adalah :

" Kritikan adalah perkara yang sia-sia kerana meletakkan orang yang dikritik dalam posisi defensif dan biasanya membuatkan orang itu berusaha mempertahankan dirnya . Kritikan itu berbahaya kerana menjatuhkan maruah , melukai perasaan dan menbangkitkan perasaan benci . "

Dalam buku ni pun ade cakap jugak , kemungkinan yang akan berlaku bila dikritik ni ada dua .
Yang pertama , orang yang dikritik tu mungkin akan jadi baik . Dan yang kedua , dia mungkin akan menjadi lebih teruk . Dan peratusan tertinggi jatuh pada menjadi LEBIH TERUK .

haih ~

Korang pernah tak kritik orang ?
Kritik ni kalau dari segi bahasa nya macam mengkomen orang . *yeke?
Kritikan ni kalau bagi aku , aku lebih terasa kalau kritikan tu beserta sarcasm ( Baca = sindiran )
Ada beza ke ??

Mestilah ada .

Macam mana ??

Contohnya , orang tu nak nasihat kita ( tapi ala-ala kritik sebenarnya ) pastu buat ayat sarcasm .
memang padu laa kan .
Tindakan aku tika tu , aku terima sebagai cabaran untuk berubah . :')

Tapi sekarang perasaan ni timbul .

PENAT ~

fuhh , penat kot , penat sangat .
seorang sahabat lillahi ta'ala aku sering kali mengadu :

" Myra , Aya ( bukan nama sebenar ) dah tak taw nak buat cam mana daa . Aya da cuba ceriakan orang lain walaupun hati Aya sendiri sakit . Aya dah cuba kuatkan hati orang lain walaupun Aya sendiri lemah , semua orang nak tengok kita ni teruk sangat . Semua orang cakap macam-macam , tapi tak pernah nampak usaha kita . Semua orang tak boleh terima kekurangan Aya , tak de siapa sanggup hidup dalam kekurangan kita "

Kadang-kadang , semua kritikan atau sindiran memang boleh je diterima ,
tambah-tambah bagi orang yang macam aku yang jahiliyah yang sangat HORROR dulu
dan sedang bertaktih dalam perubahan diri ni .
Tapi, bila makin lama orang yang mengkritik , menyindir ni asyik cakap perkara yang sama je ,
tanpa faham dan tahu perasaan kita yang berusaha luar biasa untuk grap setiap kritikan die sebagai nasihat ,
Terasa bahang jugak lah .

Last-last kritikan dia bukan diambil sebagai nasihat dah ,
tapi sebagai perkara yang paling dibenci .

Dalam buku yang aku sebutkan tadi ada kata :

" Kamu kenal dengan orang yang kamu ingin ubah dan baiki sikapnya ? Bagus ! Perkara itu mudah sahaja . Saya bersetuju dengan itu . Tetapi , mengapakah tidak dimulakan dengan diri kamu sendiri ? Apabila dilihat dari sudut sendiri , perkara ini jauh lebih menguntungkan daripada berusaha membaiki orang lain dan jauh lebih selamat . "

Dan ini aku paling suka :

" Tatkala kita ingin berurusan dengan manusia , mari kita mengingati yang kita tidak berurusan dengan makhluk logik . Kita berhubung dengan makhluk yang penuh dengan emosi , prasangka dan diselubungi perasaan bangga dan sombong . "

Dalam menasihati seseorang , ada batas nya .

Tarakkuhu ma la ya'ni . *baru habis Hadis 12 .
Aku nak belajar untuk menjadi orang yang tak terlalu ambik berat pasal orang sekarang ni .
Aku jadi malas , mungkin tajuk yang aku bincangkan ni antara faktor utama aku .
Bila dipikir-pikir balik , orang selalu kritik kita mungkin disebabkan kita selalu kritik orang jugak dulu .
Mungkin dulu aku ingat aku nasihat orang tapi sebnarnya aku kritik orang . *maybe .

Dah penat laa nak jaga hati orang , hati sendiri yang merana .
Jom belajar jadi senyap !
Cakap bila perlu , cakap kalau ianya berkaitan dengan dakwah je , cuba Istighfar kalau-kalau rasa kita dah melalut panjang .

Ini semua nasihat untuk diri aku jugak .
Moga aku lebih bergerak laju dalam peubahan diri ni . :')
Ameeen !~





No comments: