sedih . dan sedih

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

alhamdulillah , alhamdulillah , alhamdulillah . 
Allah masih lagi memberi peluang lagi pada aku , kalian , dan anda yang sedang membaca ni , peluang untuk menghirup udara Nya  . peluang untuk merasa nikmat Islam , peluang untuk merasa ilmu yaang kita dapat seharian ,dan yang paling penting , peluang untuk kita terus bertaubat kepadaNya . :) 

agak lama rasa nya aku tak meng'hupdate' blog tersayang aku ni . 
bagi aku , aku akan tulis di blog ni kalau aku rasa aku sangat2 perlu menulisnya , 

secara straight to the point , 
hari ni , malam ini , 
aku rasa sedih , aku sedih dengan hamassah umat kita sekarang . 


PALESTINE . . . . 

isu yang tak pernah berhenti dari menggemparkan hati-hati umat Islam . 

aku selalu kaitkan diri aku dengan pemuda ataupun pejuang disana . 
*mungkin kerana aku selalu bersemangat tinggi .  

tapi . . . . . . 


satu saat , aku terpikir  . . . .

layakkah aku ? 

setaraf ke aku dengan mereka ?

aku menghafal Al-quran sepertimana mereka ke ?

dengan Jahiliyah dikiri dan kanan aku ?

hmmmm . 



hari ini , aku menghadirkan diri pada satu Majlis atau lebih zuok nya , diberi nama 

Air Mata Palestine . 

hanya Allah sahaja yang tahu niat dihati aku , 
saat kaki melangkah masuk ke dewan , 
aku berniat , aku datang pada majlis itu bukan untuk duduk dan melihat semata2 . 
bukan sekadar menderma dan makan sahaja . 

tapi . aku datang pada majlis itu . 

aku ingin melakukan sesuatu untuk majlis itu . 
*dan Allah telahpun memakbulkan doa aku , Alhamdulillah . :)

sesuatu yang boleh menaikkan semangat aku . 


sebenarnya , aku expect majlis tu bole beri something yang zouk se zouk2 nya pada diri aku . 

tapi . . . . hmmmm . . . . 
semua nya suram . pudar . sedih . 

tak dinafikan , pengisian , persembahan , dan segala apa yang disampaikan pada majlis itu , 
sedikit sebanyak memberi kesan yang sangat mendalam pada diri aku . 
terima kasih sangat2 pada mereka yang melakukan persembahan , 
yang membaca sajak , 
kak shima yang menceritakan pengalaman beliau disana , 
dan banyak lagi perkara2 yang telah mereka lakukan demi menjayakan majlis itu , 

tapi , ada sesuatu yang tak kena sangat2 pada majlis tu tadi . 


HAMASSAH .  . . . . .  SEMANGAT .  . . ..

aku tak tahu kenapa aku rasa macam , 
tak de seorang pon yang bersemangat dalam majlis tu . 
yang aku lihat , 
semua sekadar duduk dengan selesanya , melihat , sedih , dan semangat seorang diri , pada diri nya sendiri . 

" oh sedih nya video ni , masyaAllah . " 

" MasyaAllah , Subhanallah , hebat nye die , aku kene lebih semangat lepas ni . " 

hurmmm , macam tu je ke kita  ?
mana semangat nye ?
ade lagi tak sekarang ni ?


cerita yang sebenarnye aku nak ceritakan kat sini ,
cerita yang . . . . memalukan la jugak . =='

mase persembahan tadi. yang banyak2 babak tu , 
di akhir babak tu , mereka berlakon , 
bagaimana HARAM Israel membunuh rakyat Palestine , 
meraka masuk , dan terus menembak , 

aku yang tengok aksi mereka ni . *walaupun sekadar lakonan , 
ntah kenapa , hati aku sangat sedih , terasa sangat geram , terasa macam itu SAUDARA AKU LAAA !!!  , 

aku bangun , aku terus bangun , campak beg , *sampai mafla pun jatuh .
terus aku tolong diorang *yakni yang berlakon jadi rakyat Palestine . 
tolak-tolak diorang *yakni yang berlakon jadi Haram Israel .
sampai kan tetiba semua freeze , *dengan aku-aku sekali freeze . padahal x terlibat dlm lakonan pun .
pastu baru tersedar , eyh , diorang berlakon je ??

tak dinafikan malu dalam dada tu ade je , 
sebab nye lepas da unfreeze , diorang terus naik atas pentas dan aku terus duduk . 
==' 
time tu sangat malu sebenarnye , =='

tapi bila aku terus duduk tu , aku terus terdetik dalam hati .
eyh , aku je ke yang semangat terlebih tadi ?
*yelaa sebab aku da sememangnye orang over . nak buat cam mane kan , 

bukan tadi diorang cakap diorang semangat ke ?
semangat ea macam tu ?

itulah yang katakan tadi , aku sedih dengan hamassah umat kita sekarang , 
aku sedih sangat , 
hanya sekadar melaungkan saya sokong , saya semangat , 
tapi sekadar seminit itu sahaja kah kalian mengatakan kalian semangat ? 
sedangkan peristiwa yang kalian lihat tadi tu *walaupun hanya lakonan.
kalian tidak merasai nya kah ?
tidak menjiwainya kah ?
tidak bersemangat kembalikah ?

bak kata AngelPakaiGucci , semangat atau sokongan kita ni bermusim ke ?

bak kata kak shima pula , 
anak-anak dan remaja-remaja Palestine , 
kalau mereka melepak diluar rumah , mereka akan melakukan hanya 2 perkara ini sahaja . 

menghafal Al-quran dan bermain perang2 , 
bermain perang2 tu kalau kita lihat , 
seolah-olah seperti mereka ini bergaduh , 
maksud nya , mereka bertumbuk , sepak terajang , betul-betul punya , tarak main-main woo , 
dari situ laa baru diorang dapat rase zouk perang tu , 

means kalau mereka nak buat sesuatu , mereka akan buat denga sebetul-betulnya . 
sesungguh-sungguhnya .

macam itu jugalah SEMANGAT KITA !

kita kata kita semangat . 
MANA SEMANGAT KITA TU ?

kita kata kita geram 
MANA GERAM KITA TU ?

kita kata kita kita sokong 
MANA SOKONG KITA TU ?

dalam hati je ea ?

dulu aku orang yang seperti itu , even tak dinafikan sekarang pun masih juga begitu . 
tapi sampai bila nak macam tu ?
sampai bila nak ulang bende yang sama , 
sedar , semangat , sokong , 
lepas balek , like nothing happen . 
hmmmm . 
sedih , sangat sedih . 


Allah , tetapkanlah semangat jihad kami , permudahkanlah kami untuk berubah , 
terus bantu lah kami untuk bertaktih menuju jalan Mu ,
janganlah biarkan kami leka dengan kesedaran yang telah Kau berikan ,
selamatkanlah ummat Islam di seluruh dunia !
SELAMATKAN AL-AQSA ! ameeen !~ 

apa yang aku cakap , semuanye untuk diri aku sendiri jugak , doakan hamassah aku berkekalan , 
doakan aku dapat buang sedikit demi sedikit Mr.J dalam diri aku , 
dan untuk kalian juga , sentiasa lah cakna isu2 ummat kita , 
semoga kalian berada dibawah lindungan nya . insyaAllah !~ ^^v




No comments: