Apa pula pengorbanan kita kali ini ?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Salam 'Eid Adha buat semua warga Islam di seluruh dunia . 
alhamdulillah , raye Adha yang ke-3 di bumi Jordan ni . 

sudah 20 tahun ni , apakah pengorbanan yang telah kita lakukan ?? 
adakah , ianya masih sama ?
adakah ianya tidak berubah walau sedikit pun ?

pengorbanan yang kita selalu buat pada setiap hari raya haji
bukanlah sekadar pengorbanan seekor lembu atau kambing yang disembelih .

tetapi kita kembali kepada pengorbanan kisah Nabi Ibrahim terhadap anak lelaki kesayangannya . 
sanggupkah kita setabah dan setaat Nabi Ibrahim yang menuruti perintah Allah s.w.t itu ??

bayangkan jika kita ditempat Nabi Ibrahim dan kita diperintah kan untuk menyembelih kedua ibu bapa kita ,
apakah perasaan kalian ?
adakah kita mampu ??
sanggupkah kita ??

tanpa banyak alasan , Nabi Ibrahim menuruti kehendak Allah .
kerana apa ?

kerana ketakwaan yang ada pada Nabi Ibrahim pada ketika itu ,
Nabi Ibrahim sangat yakin pada Allah . 

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.
{Al-Hajj : 37}

Semoga pengorbanan kita pada tahun ini membawa kebaikan pada diri sendiri dan juga orang lain ,
^^v

So,
Hari ni dapat banyakkk pengalaman , 
pahit , manis , kelat , tawar ,
semua ada . 
3 in 1 . :)


pagi2 dah menduka kan hati aku . 
aku tersilap timing . *yosh ! =='

bangun2 pagi tengok alarm dahh pukul 5.30 . 
ingat still awal . 
sekali alarm bunyi sekali lagi pukul 6.00 a.m 
aku pun bangun laa . *dengan malas nye . =='
lepas masuk tandas , and solat subuh . 
terdetik nakkk tengokk jam tangan . 
tertera laaa waktu 7.30 a.m 

kepelikan melanda . 
dan kecewa ,
 sebab tak dapat pergi solat raya . 
sebab daa lewat ! 
waaaaa !
:'(

lepas ni kene hati2 dengan pertukaran waktu Jordan ni . 
=='


الحمد لله , ثم الحمد لله , ثم الحمد لله

hari ni berjaya menghadiri 7 buah rumah jemputan raya . :) 

dan kekenyangan tu berlarutan sehingga lah ke malam ni haaa . 

ALHAMDULILLAH . ^^v

terubat kesedihan yang melanda tika memikirkan keluarga nun jauh disana . 
semoga semua nya baik2 sahaja . 


tahun ni aku beraya bersama seorang sahaja housemate aku . 
kemana2 sahaja aku akan bersama2 dengan si S ni . 
tapi alhamdulillah . 
hingga saat ini , Allah sentiasa bersama2 kami . 
dan kami sangat sangat sangat bersyukur . :') 

terkenang raya kami bersama housemate yang lama . Si N 
diri mu sentiasa kami rindui . 
semoga si N sentiasa tabah disana dan terus istiqomah . :') 

Kullu 'Am wa Antum Alff Alff Bikhoirr ! 
Salam 'Eid Adha buat semua !! ^^v
<3


No comments: