HADIS 12 :)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم 

*saje nak bagi warna-warni sikit post ni . :p 

alhamdulillah . alhamdulillah . alhamdulillah . :) 

fuhhhh . lame tak update blog . 
typing mula jadi slow daa . :p 
*gaye macam terer sangat . =='

okeyh . setelah lama menyepi . 
post kali ni myra nak try cerita pasal hadis 12 . 
yaa , hadis ni baru myra dapat hari tu . alhamdulillah . 
ade jugak makanan untuk rohani dan jiwa myra yang lalai ni . ==' 

jom . :) 

LAKUKAN PERKARA YANG BERFAEDAH .

عن أبي رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلام : من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه . حديث حسن , رواه الترمذي وغيره .

Daripada Abu Hurairah r.a , beliau berkata Rasulullah s.a.w bersabda : "Antara keelokan keislaman seseorang ialah dia meninggalkan segala perkara yang tidak berguna kepadanya .
(Hadis Hasan , riwayat At-Tarmizi dan lain-lain) 

kalau kita lihat pada hadis ni . Rasulullah s.a.w menyebut perkataan 'seseorang' dan bukan nya 'seorang' . 
seseorang tu of course la kita kan . lelaki mahupun perempuan . 
kita umat Rasulullah s.a.w . 

makna hadis ni kalau kita salah baca boleh salah makna . 
masa myra first2 baca pon macam confius jugak . 
tapi insyaAllah . apa yang akan myra sampai kan moga membawa manfaat . :) 
kalau ada yang salah tolong tegur keyh . :)

okeyh . makna hadis ni . antara tanda kesempurnaan Islam seseorang dan tanda kebenaran imannya adalah urusan agama ataupun dunia yang tak penting kepadanya . 

Islam sangat prihatin tentang keselamatan masyarakat . kenapa ?
sebab nye . Islam nak masyarakat nya hidup dalam harmoni dan saling faham memahami . 
supaya tak berlaku pertelingkahan sesama sendiri . 
perkara yang paling byk menimbulkan perpecahan , kerosakan dan kehancuran  sesama manusia adalah sikap campur tangan dalam urusan pihak orang lain . 

seorang muslim ni bertanggungjawab kepada semua perkara yang dilakukan . 
so , kalau kita sibuk dengan semua perkara di sekeliling kita dan masuk campur pulak dengan perkara yang tak ade kaitan dengan kita , 
bila kita nak lakukan tanggungjawab yang sepatutnya kita buat tu ?

hadis ni . bukanlah bermaksud untuk kita tak ambil tahu tentang hal umat atau pun saudara seIslam kita dimana-mana pun . 
cuma nye , nak dimaksud kan disini  . lebih baik kita ambil tahu atau masuk campur hal DIRI SENDIRI dulu 
berbanding nak sibuk2 hal orang lain yang mungkin akan mengundang dosa pada diri kita je . 

myra baru tahu . kalau kita memiliki sikap ni . umpama kita tak memahami @ menghayati sikap Nabi kita . nauzubillah . 
takkan kita nak jadi macam tu ??

kalau seorang Muslim yang da faham dah tahu apa sebenarnya tanggungjawab dia yang sebenar2 nye .
mesty die akan berusaha menyibukkan diri die sendiri  dan meninggal kan perkara yang remeh temeh ni . 

diriwayatkan daripada Al-Hasan Al-Bashri , katanya : 
antara tanda Allah berpaling daripada seseorang hamba ialah dia menjadikannya sibuk terhadap perkara yang tak berguna kepadanya . 

*banyak cakap pun merupakan salah satu dari sikap tu taw . ==' 

sama2 lah kita muhasabah diri kita . 
adakah setiap kata2 kita selama ni dapat membina batu bata Islam kita ?
atau adakah ianya meruntuhkan lagi ?
  
biarlah setiap bait kata yang kita ungkapkan 
membuat kan malaikat yang mencatit kebaikan mencatit  .
walaupun satu perkataan . :) 

# post kali ni untuk myra terutamanya yang banyak cakap ni . ==' 
semoga setiap apa yang myra tulis ni diamalkan dalam kehidupan harian myra . :) <3 

No comments: