...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

dah lama ku pendamkan perasaan ini...
kini.. 

aku akan berhenti memikirkan kamu ..
dan aku akan benar-benar melepaskan ikatan di hati aku .. 
aku hanya akan merubah diriku menjadi yang terbaik hanya kerana Allah..
bukan kerana menginginkan mu..
kan ku lepaskan belenggu ini..
yang membuat hatiku semakin rapuh kerana cinta yang penuh tanda tanya ..

biarlah kau teruskan perjalananmu untuk menjadi yang terbaik untuk seseorang yang ditakdirkan untukmu..
aku pun begitu..
aku akan meneruskan perjalanan hidupku untuk menjadi yang terbaik untuk seseorang yang akan menjadi
imamku meskipun itu bukanlah dirimu..

kerana kini aku telah yakin ..
jika aku telah mejadi yang terbaik .. .
maka Allah tetap akan memberiku yang terbaik meskipun itu bukanlah dirimu.. 
ku harap kau mendapatkan yang terbaik  hingga aku boleh tenang  dengan pilihanNya
meskipun itu bukanlah dirimu...