ramai betul 'PEREMPUAN' kat mall ni time2 jumaat cm ni ! =='

بسم االه الرحمن الرحيم
السلام عليكم

agak2 anda2 semua yang sudi bace blog aku ni,,
apa sebenarnye yang aku nak cakap kan dengan tajuk yang aku buat hari ni ??

ok,, jom aku cerita ,, :p

tadi jalan2 kat KB MALL,,
taw KB mall kat mane ??
KOTA BHARU,,,
taw kota bharu tu kat mane ?? *takkan tak taw kot,, =='
kat kelantan laa,, toba'an,,
 oke,, sejujur nya,, ni first time aku g jalan2 kat mall bersama2 dengan sepupu2 and mak sedara 
sebelum solat jumaat,,
selalu nya aku akan keluar mane2 sebelum jumaat,,
kali ni lain dari yang lain,, hahaha! 

tiba2,, handphone aku azan zohor,,, 
orang semua tengok,,,
yang tengok semua orang lelaki plak tu,,,

oke,, biarkan jeee,,,, 
huish! kat sane ! seorang LELAKI bersama isteri dan anaknya sakan membeli baju yang diskaun 80%!!!
yang kat sane plak,, LELAKI yang sakan main playstation kat kedai PSP!
tu! tu! LELAKI tu sakan berborak ngan girlpren dye!
*sedangkan azan masing berkumandang di handphone ku,, :p
hamboi!!

sat2,, nak rewind mak aku pernah cakap dulu,,,

" kelantan ni serambi MEKAH ooooo ! 

ooohh serambi MEKAH ooo,,,

ni bukan ayat perli keyh,, ni kenyataan,,, 

keyh,, aku pun terus kan lagi tengok2 kedai,,,
skali jumpe domo,, beli jap,, HAHA :p

oke terubah topik,,, 
then,, jalan2 lagi,, tunggu sepupu sepapat aku beli baju,,
aku singgah kedai POPULAR,,
ingat nak carik raheeq makhtum untuk nunu,,
sekali lalu kat bahagian tu,,, lagu korea (hong gi ) 
berdentum punya laa kuat,, 


oke,, buku2 yang kat sekeliling  tv yang tengah dok berdentum lagu korea tu semua nye buku agama,,
serius,, aku tak tipu punya,,,
*dalam hati aku,, toke kedai ni cina,,, oke fine!

haaaa,,,

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat,maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu,jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”.
( al-jumua'ah : 9 )

Ayat ini jelas menunjukkan suatu kewajipan mingguan umat Islam iaitu segera menyahut panggilan solat Jumaat . Mereka wajib tinggalkan tempat perniagaan atau pejabat dan pekerjaan mereka demi untuk menghadirkan diri ke masjid dan demi solat fardhu Jumaat.

makin bertambah2 orang yang meninggalkan solat jumaat ni kan,,, tambahan pulak,, makin ramai yang mengganggap solat jumaat ni tak penting plak,,, sedangkan da termakhtub dalam al-Quran  tentang solat jumaat,, melain kan kalau ada keuzuran yang tertentu,,,

Hari Jumaat adalah hari yang mulia dalam Islam . Ia dianggap penghulu segala hari.Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Sesiapa yang berwudhuk kemudian dia pergi (ke masjid untuk menunaikan) solat Jumaat dan mendengar khutbah imam maka akan diampunkan dosanya hinggalah ke Jumaat selepas itu dan ditambah tiga hari lagi.Siapa yang asyik bermain-main maka solatnya menjadi sia-sia”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah bersabda lagi :
“Penghulu segala hari adalah hari Jumaat.Hari yang paling mulia di sisi baginda dan yang paling agung disisi allah azzawajalla,maka lebih (mulia) daripada hari raya Fitrah dan hari Eidul Adha”

kenapa Allah jadikan hari jumaat ni sebagai penghulu segala hari ??
kerana Islam menjadikan hari Jumaat sebagai hari menghampirkan diri kepada Allah secara berjemaah dan secara mingguan.

Ya Allah,engkaulah Tuhan yang maha berkuasa,kami bersyukur kehadrat Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat,sehingga kami dapat meneruskan ke arah memperkukuhkan negara umat islam khususnya Negeri Selangor,sebagai Negeri yang maju,sejahtera dan berkebajikan .Justeru kami pohon kehadrat Mu Ya Allah, tetapkanlah iman kami,tingkatkanlah amal kami,kukuhkanlah perpaduan kami,murahkanlah rezeki kami,kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia,kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai,lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar,kemarau panjang,wabak penyakit,persengketaan,kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian,Negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

p/s : some of my teks i copy cat from someone :))


No comments: