kawan biar seribu..... bersahabat biar berkekalan..... XD



Rasulullah SAW bersabda mengenai keperibadian sahabat sejati yang bermaksud:
“Mahukah kamu aku beritahukan mengenai orang baik di kalangan kamu? Para sahabat menjawab: Ya Wahai Rasulullah. Baginda SAW bersabda: Apabila kamu memandang kepada mereka, kamu teringat kepada Allah. Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi, bermaksud: “Mahukah kamu aku beritahukan orang yang jahat di kalangan kamu? Mereka ialah orang yang suka melaga-lagakan antara dua orang, yang suka merosakkan hubungan kasih sayang antara mereka yang berkasih sayang dan suka mencari aib cela orang yang baik-baik.”
                                                                                     (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Mempunyai satu teman sejati lebih indah dan bermakna dari mempunyai seribu kawan.Thumbs up

Saat duka dan suka dikongsi bersama. Kadangkala kenangan itu menjengkelkan, kadangkala memedihkan. Tetapi, itulah manisnya persahabatan bila dikenang. Open-mouthed smile


Sunnah dalam bersahabat, pasti ada  badai yang melanda. Walaubagaimanapun, persahabatan sejati semestinya mampu mengatasi segala dugaan yang menimpa. Smile

Bukan mudah untuk mencari teman yang sentiasa di sisi. Persahabatan yang diwarnai pengalaman suka dan duka, dihibur - disakiti, diperhatikan - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat yang sejati tidak akan menyembunyikan kesalahan sahabatnya melainkan dia menegur demi kasih dan sayangnya kepada sahabat.Rainbow

Kisah Khalifah Sulaiman Abdul Malik dan Umar bin Abdul Aziz
Amirul Mukminin Khalifah Sulaiman Abdul Malik adalah sepupu Umar Abdul Aziz. Hubungan mereka sangat erat sehingga khalifah menamakan Umar sebagai pewaris takhtanya. Walaupun kaum kerabat khalifah tidak menyukainya, khalifah tetap meneruskan hasratnya itu kerana Umar amat taat kepada agama.
Seorang menteri dan penasihat khalifah terkenal alim lagi warak, Raja’ Haiwah menasihati Sulaiman sewaktu akhir hayatnya: 
“Wahai Amirul Mukminin, antara perkara yang menyebabkan engkau akan dijaga di dalam kubur dan menerima syafaat daripada Allah SWT di akhirat kelak adalah apabila engkau tinggalkan untuk orang Islam khalifah yang adil, maka siapakah pilihanmu?
 Jawab Khalifah Sulaiman: "Aku melihat Umar Ibn Abdul Aziz.”


Suatu hari, sewaktu pemerintahannya, Sulaiman mengajak Umar ke kem tentera Bani Umayyah. Sulaiman bertanya kepada Umar: “Apakah yang kamu lihat wahai Umar bin Abdul-Aziz?”Khalifah nampak terlalu bangga ketika melihat kekuatan pasukan yang sudah dilatih.

Namun Umar menjawab tanpa rasa takut: “Aku sedang melihat dunia itu sedang dilahap antara satu sama lain, dan engkau adalah orang yang paling bertanggungjawab dan akan ditanyakan oleh Allah SWT mengenainya.”

Khalifah Sulaiman berkata lagi: “Tidakkah kamu takjub dengan kehebatan pemerintahan kita ini? Jawab Umar lagi: “Bahkan yang paling hebat dan membuatku takjub ialah orang yang mengenali Allah SWT kemudian menderhakai-Nya, mengenali syaitan kemudian mengikutinya, mengenali dunia kemudian condong kepadanya.”

Mengamati perbualan antara khalifah dan sahabat sejatinya, Umar Abdul Aziz itu jelas terlihat keikhlasan dan cinta kasih dalam perhubungan dua insan atas nama persahabatan dunia akhirat. Sulaiman menangis setiap kali Umar menasihati dengan penuh kasih sayang.Crying face

Kedua-dua bapa mereka iaitu Abdul Malik dan Abdul Aziz adalah adik beradik daripada keturunan kerajaan Bani Umayyah. Pertalian darah merapatkan hubungan mereka. Namun yang paling ketara ialah pertalian hati yang ikhlas kerana Allah SWT dalam mencintai saudaranya.Send a kiss

Persahabatan Teragung
Al-Quran mengabadikan kejujuran dan keikhlasan persahabatan antara Muhajirin dan Ansar

Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
Siapa lagi yang sanggup berkongsi makan minum, 

tempat tinggal bahkan menceraikan isteri untuk sahabat yang baru dikenali? 

Inilah persahabatan yang sejati hasil tarbiyyah Baginda SAW.

Ikatlah tali persahabatan dengan keimanan. 

Itulah kunci utama kepada persahabatan sejati dan berkekalan.

Hati-hati yang disatukan dengan iman akan terus diikat dengan 

izinNya selagi ada keimanan dalam diri.Smile

Marilah bersahabat.

 Anda pastinya tidak akan keseorangan 

walaupun anda mempunyai seribu kawan.






No comments: